LINUS

Definisi Program Pendidikan LINUS


Definisi LINUS ialah akronim bagi “ Literacy and Numeracy  Screening”. LINUS merupakan program intervensi yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh asa literasi (bahasa Melayu) dan asas numerasi matematik  di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan mengira (3M). Literasi dan Numerasi (LINUS) merupakan Bidang Keterhasilan Utama Nasional (NKRA) pendidikan, Kerajaan iaitu memastikan setiap kanak-kanak tahun 1 menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. Dalam hal tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pendekatan penambahan bilangan guru pemulihan bagi memastikan tiada murid terpingir dalam pendidikan. Tegar boleh didefinisikan sebagai tidak dapat dilenturkan, keras dan kaku berdasarkan sumber Kamus Pelajar Edisi dua. LINUS Tegar merupakan keadaan dimana pelajar yang gagal dalam ujian saringan pertama, kedua dan ketiga , yang turut disahkan oleh pegawai perubatan sebagai murid berkeperluan khas. Proses saringan program LINUS boleh dilihat melalui rajah 1.1.
Kesimpulannya LINUS tegar merupakan kaedah yang dilaksanakan oleh guru pemulihan disekolah disertakan dengan laporan kesihatan yang dibuat oleh doktor bagi menggenal pasti murid-murid yang berkeperluan khas supaya mereka dapat diasingkan dan mengikuti pembelajaran dalam situasi berbeza mengikut keperluan khas mereka.


No comments:

Post a Comment